PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
Semakan
pertama : Urus Setia,
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Sukan
Julai 2006
Semakan
kedua : Mesyuarat
Pemurnian Tugas dan Tanggungjawab PTPS MSSM
Di Telok Dalam Resort, Pulau
Pangkor 28 – 30 Ogos 2006
Semakan
ketiga : Mesyuarat
Pengurusan Sukan Bersama Ketua Unit Sukan JPN 3/2006
Di Hotel Prime City, Kluang, Johor
16 – 18 November 2006
Semakan keempat : Mesyuarat
Pengurusan Sukan Bersama Pengerusi-Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM
1/2006
Di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur
13 – 15 Disember 2006
Semakan
kelima : Mesyuarat
Pengurusan Sukan Bersama JPJS-KS-KU JPN
Di Hotel Cititel, Pulau Pinang
11
– 13 Februari 2007
Semakan keenam : Mesyuarat
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM
Bil. 2/2010
Di
Olympic Sport Hotel, Kuala Lumpur
1
– 3 November 2010
Semakan ketujuh : Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
MSSM
Di Holiday Villa Hotels
and Suites, Subang
13
– 15 Disember 2010
PERATURAN AM
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
Peraturan 1 : PENGELOLAAN
Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSM diserahkan kepada Majlis
Sukan Sekolah Malaysia yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan
pertandingan kepada mana-mana Majlis Sukan Sekolah Negeri atau satu
Jawatankuasa Khas MSSM yang dipilih oleh Jawatankuasa Kerja MSSM.
Peraturan 2 : UNDANG-UNDANG
PERMAINAN
Undang-undang permainan antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi
undang-undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah
kecuali ada undang-undang khas yang yang menguasai pertandingan permainan MSSM.
Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan
yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan serta
diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja MSSM akan menjadi undang-undang rasmi
pertandingan.
Peraturan
3 : KELAYAKAN
3.1
Peserta
3.1.1
Kelayakan
Am.
3.1.1.1 Murid yang bersekolah sepenuh masa di sekolah rendah dan menengah serta sekolah swasta dan sekolah
agensi kerajaan lain adalah layak
menyertai pertandingan permainan MSSM.
3.1.1.2 Penyertaan murid adalah tertakluk
kepada had umur peserta (Peraturan 4).
3.1.1.3 Kejohanan peringkat MSSM hanya
untuk warganegara Malaysia. Murid yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan
mengambil bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri sahaja.
3.1.1.4 Murid yang berumur lebih daripada 18
tahun tetapi kurang daripada 21 tahun boleh mengambil bahagian di peringkat
sekolah, daerah, dan negeri sahaja.
3.1.1.5
Kelayakan mewakili negeri
adalah mengikut daftar sekolah terkini seseorang murid melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi
permainan kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.1.1.6
Murid-murid yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM Kementerian Pelajaran Malaysia
tidak layak menyertai semua pertandingan
MSSM.
3.1.2
Murid Sekolah
Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain
3.1.2.1
Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang
dibenarkan bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan bergabung serta membayar sumbangan penuh (mengikut
enrolmen sekolah) dengan MSSN. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Setiausaha
Agung MSSN untuk membekalkan satu senarai sekolah swasta yang bergabung dengan
MSSN masing-masing kepada Urus Setia MSSM pada atau sebelum 15 Februari
setiap tahun pertandingan
dan senarai tersebut perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
3.1.2.2
Murid sekolah swasta perlu
menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan supaya
layak bertanding dalam kejohanan MSSM.
3.1.2.3
Murid yang hendak menyertai
kejohanan MSSM hendaklah didaftarkan di Institusi Pendidikan swasta selama 3
bulan sebelum tarikh kejohanan dan hadir
sekurang- kurangnya 75% hari persekolahan.
3.1.2.4
Murid-murid sekolah swasta
lepasan Tingkatan Lima yang menyambung pelajaran di Tingkatan Enam Rendah atau
setara (seperti Senior Middle Three) layak menyertai pertandingan permainan
MSSM dengan syarat murid ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi
murid Tingkatan 6 Bawah mengikut tarikh pendaftaran untuk murid Tingkatan 6
Bawah di sekolah Kerajaan.
3.1.2.5 Murid yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat
keputusan peperiksaan SPM Kementerian Pelajaran Malaysia layak menyertai
pertandingan permainan MSSM dengan syarat murid ini berdaftar untuk Tingkatan 6
dan hanya menjadi murid Tingkatan 6 Bawah mengikut tarikh pendaftaran untuk
murid Tingkatan 6 Bawah di sekolah Kerajaan.
3.1.3
Murid Sekolah
Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan.
3.1.3.1
Murid yang sedang belajar di Sekolah Sukan Malaysia dan di Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakili
negeri asal tempat ia bersekolah (sekolah terakhir) di dalam pertandingan MSSM.
3.1.3.2
Jika khidmat murid berkenaan
tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia dibenarkan mewakili negeri lain
dengan syarat MSSN berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis daripada MSSN asal
pemain.
3.1.3.3
Pemain yang mewakili MSSN
lain tanpa mendapat kebenaran daripada MSSN asalnya tidak dibenarkan bertanding
di Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin
hendaklah diambil terhadap MSSN yang bersalah oleh Urus Setia MSSM.
3.1.3.4
Murid yang memasuki semula
sekolah harian dari Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan
hendaklah mewakil negeri di mana sekolah terkini murid berkenaan sedang
belajar. (Rujuk Peraturan 3.1.1.5)
3.1.3.5
Pelepasan murid Sekolah Sukan
Malaysia mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Bahagian Sukan,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan menjadi tanggungjwab pegawai MSSN mengambil
dan menghantar balik serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.
3.1.4
Murid Pra
Universiti di Sekolah Sukan Malaysia
3.1.4.1
Murid Pra Universiti di
Sekolah Sukan Malaysia tidak boleh mewakili MSSN dalam Kejohanan MSSM.
3.1.4.2
Murid tersebut boleh
dipertimbangkan jika layak untuk mewakili MSSM dalam Kejohanan peringkat
sekolah-Sekolah Asean, Asia dan Antarabangsa yang disertai oleh MSSM.
3.2
Majlis
Sukan Sekolah Negeri (MSSN)
MSSN adalah layak
mengambil bahagian dalam pertandingan permainan MSSM. Setiap negeri
hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam
sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu ketetapan khas.
Peraturan
4 : HAD
UMUR PESERTA
4.1
Had
umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:
4.1.1
18
tahun dan ke bawah
4.1.2
15
tahun dan ke bawah
4.1.3
12
tahun dan ke bawah
4.1.4
Penyesuaian
kepada kumpulan umur yang lain dibenarkan jika permainan itu perlu mengikut
Peraturan Pertandingan yang dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Antarabangsa. MSSM juga boleh mengelola pertandingan mengikut kriteria lain untuk sesuatu
kejohanan
.
4.2 Kiraan
umur adalah pada 1 Januari tahun semasa pertandingan.
4.3 Bagi
peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang
disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
4.4 Seseorang
peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja bagi
satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
4.5 Semua
peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan asal kepada pengelola. Seseorang peserta yang hilang
kad pengenalan mesti mempunyai dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 dari
Jabatan Pendaftaran Negara.
4.6 Semua
peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan salinan sijil kelahiran yang
disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah peserta berkenaan.
4.7 Semua
peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (Borang R 01 / M 01)
secara individu berserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan
/ sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
Sekolah peserta berkenaan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan
serta Setiausaha Agung MSSN masing-masing.
Peraturan
5 : PENDAFTARAN
5.1
Setiap
MSSN hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta sebagaimana yang
telah ditetapkan
5.2 Pasukan yang mempunyai peserta
perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih pegawai wanita.
5.3 Pendaftaran
pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah
disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan diborang pendaftaran
tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua / Setiausaha Agung MSSN
dengan cop rasmi.
5.4
Jawatankuasa Pengelola akan
menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta semasa Mesyuarat
Pengurus
Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang Pendaftaran Individu (R 01, M 01)
serta dokumen sokongan tertentu yang lengkap (Lampiran
B).
Peraturan
6 : PENGADIL
/ HAKIM
6.1
Setiap
MSSN dikehendaki menghantar pengadil / hakim bertauliah yang terdiri daripada
Pegawai Perkhidmatan Pelajaran sepertimana bilangan yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran
A)
6.1.1
Sekirannya
MSSN yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan khidmat Pengadil / Hakim
selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, kebenaran bertulis hendaklah
diperolehi terlebih dahulu daripada Urus Setia MSSM .
6.2
Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan akan menyediakan elaun bertugas dan kemudahan yang
bersesuaian kepada Pengadil/Hakim semasa berada di sebarang kejohanan kelolaan
MSSM.
6.3
Surat lantikan pengadil akan
dikeluarkan oleh Urus Setia MSSM manakala tuntutan perjalanan dan makan pengadil/hakim
ke tempat pertandingan akan ditanggung oleh MSSN.
Peraturan 7 : PENGERUSI TEKNIK
PERMAINAN MSSN
7.1
Semua MSSN dikehendaki
menghantar Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSN / Wakil masing-masing ke Mesyuarat
Pengerusi Teknik Permainan berkenaan yang diadakan sebelum Kejohanan Permainan
MSSM walaupun tidak menyertai kejohanan tersebut.
7.2
Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSM hendaklah menyediakan tempat mesyuarat dan keperluan
mesyuarat.
Peraturan
8 : PEGAWAI
PASUKAN
8.1
Pegawai Pasukan hendaklah
terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran. Jika sekiranya sesuatu pasukan menggunakan
khidmat pegawai yang bukan daripada pegawai perkhidmatan pelajaran khasnya jurulatih
(pegawai luar), mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh
disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai tersebut hanya bertaraf penonton atau
pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar
hendaklah dibuat di luar permainan.
8.2
Semua pegawai pasukan (Ketua Kontinjen,
Pengurus Pasukan dan Penolong, Jurulatih dan pegawai-pegawai lain) hendaklah
sentiasa memelihara dan mematuhi etika sebagai seorang pegawai perkhidmatan
pelajaran bersesuaian dengan penjawat awam, berimej bersih dan menunjukkan
tindak-tanduk serta tauladan yang baik semasa menjalankan tugas.
8.3
Semua Pengurus / Pegawai
Pasukan MSSN hendaklah hadir dan memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola
terutama dalam majlis rasmi kejohanan seperti pembukaan rasmi, taklimat kejohanan, jamuan rasmi,
mesyuarat-mesyuarat dan majlis penyampaian hadiah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
8.4
Pengurus / Pegawai Pasukan
MSSN adalah bertanggungjawab dengan tidak meninggalkan kejohanan sebelum tamat
dan mengaturkan perjalanan pasukan pada waktu siang sahaja serta menjaga
keselamatan harta benda serta kerosakan semasa menginap di tempat penginapan.
Peraturan 9 : TUGAS-TUGAS
JAWATANKUASA PENGELOLA
Selain daripada kerja-kerja tertentu mengikut
Perlembagaan Majlis, tugas-tugas Jawatankuasa Pengelola
adalah seperti berikut :
9.1
Menentukan tempat, tarikh dan
masa kejohanan setelah berbincang dengan Setiausaha Agung MSSM. Sebolehnya kejohanan hendaklah diadakan semasa
cuti penggal persekolahan.
9.2
Melantik pegawai-pegawai
bertauliah yang diperlukan.
9.3
Menyediakan peralatan dan
persediaan yang diperlukan seperti padang, gelanggang, tempat penginapan,
kenderaan dalam bandar, makanan dan lain-lain yang berkaitan dan memberitahu
kepada semua negeri nama dan jenis alatan sekurang-kurangnya sebulan sebelum
pertandingan dimulakan.
9.4
Jawatankuasa Pengelola tidak
mengenakan sebarang deposit bayaran penginapan dan segala kerosakan akan
dituntut oleh Jawatankuasa Pengelola kepada negeri yang disahkan atau terbukti
melakukan kerosakan tersebut.
9.5
Menjemput semua Setiausaha
Agung / wakil MSSN hadir untuk menyaksikan cabutan undi.
9.6 Menjemput
Ketua Unit MSSM atau Penyelaras Permainan MSSM dan Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Sukan MSSM hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan
Teknikal serta mengendalikan proses cabutan undi.
9.7
Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan
salinan minit mesyuarat kepada :-
9.7.1
Setiausaha
Agung MSSM
9.7.2
Pengerusi Jawatankuasa Teknik
dan Pembangunan MSSM
9.7.3
Penyelaras
Permainan MSSM yang berkenaan.
9.7.4
Pengerusi Teknik Permainan
MSSM yang berkenaan.
9.8
Mengedarkan segala surat pekeliling dan keputusan rasmi
kepada :-
9.8.1
Setiausaha
Agung MSSM ( 3 salinan )
9.8.2
Setiausaha Agung MSSN (
3 salinan )
9.8.3
Yang DiPertua MSSN (
1 salinan )
9.8.4
Pengerusi Jawatankuasa Teknik
MSSM ( 1
salinan )
9.8.5
Penyelaras Permainan MSSM
berkenaan ( 1
salinan )
9.8.6
Pengerusi Teknik Permainan
berkenaan (
1 salinan )
9.9
Segala Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan
kepada urus setia MSSM secara bertulis
atau lisan melalui Penyelaras Permainan sebaik kejohanan tamat atau sehari
selepas kejohanan untuk
makluman urusetia MSSM.
9.10
Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan
hendaklah dihantar secara rasmi menggunakan
format tertentu dalam masa 1 bulan selepas tamat sesuatu kejohanan.
Peraturan
10 : SISTEM
PERTANDINGAN
Sistem
pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-
10.1
Cara
Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
10.1.1
Pusingan
Pertama
10.1.1.1
Sekiranya
12 atau lebih pasukan mengambil
bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C
dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
10.1.1.2
Johan, Naib Johan,
Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib
Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan
lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi
mengikut undang-undang permainan berkenaan.
10.1.1.3 Sekiranya
pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
10.1.2
Pusingan
Kedua (Suku Akhir)
10.1.2.1 Pemenang 1
dan Pemenang 2 dalam setiap
kumpulan akan masuk ke pusingan
suku akhir dan
pertandingan akan
dijalankan
secara kalah mati.
10.1.2.2
Perlawanan adalah ditetapkan
sebagaimana berikut :
10.1.2.2.1.
Undian bagi 4 pasukan
Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5
dan 7.
10.1.2.2.2.
Undian bagi 2 pasukan Pemenang
Kedua Kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang
Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala
2 Pasukan Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di
kedudukan 6 atau 8.
10.1.2.2.3.
Pasukan-pasukan yang menang
pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan
Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk
menentukan tempat ketiga dan keempat.
10.2. Cara
Liga Tiga Kumpulan
10.2.1. Pusingan Pertama
10.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan
mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara
liga.
10.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga
dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan
A - Johan tahun lalu
Kumpulan
B - Naib
Johan tahun lalu
Kumpulan
C - Tempat
Ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan
lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.
10.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan
(seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan
terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
10.2.2. Pusingan Kedua (Separuh Akhir)
10.2.2.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap
kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan
X dan Y dengan mengadakan undian.
10.2.2.2. Undian
akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
10.2.2.3. Dari 3
Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan
Y.
10.2.2.4. Naib Johan
setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.
10.2.3 Pusingan Akhir
10.2.3.1. Johan kumpulan X akan melawan Johan
kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib
Johan.
10.2.3.2. Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga
dan keempat.
10.3. Cara
Liga 2 kumpulan.
10.3.1 Pusingan Pertama
10.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan
mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
10.3.1.2. Johan dan Tempat Keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam Kumpulan A dan Naib Johan serta
tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B
10.3.1.3. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan
dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi.
10.3.1.4. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded)
tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
10.3.2. Pusingan kedua
10.3.2.1. Johan Kumpulan A akan melawan Naib
Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan
melawan Naib Johan Kumpulan A.
10.3.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah
mati.
10.3.3. Pusingan
Akhr
10.3.3.1. Johan Kumpulan A atau Naib Johan
kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau
Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan
10.3.3.2. Pasukan kalah didalam kedua-dua
perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga
dan keempat.
10.4. Cara Liga Satu Kumpulan
10.4.1
Sekiranya empat hingga lima
pasukan mengambil bahagian, pertandingan
akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat
mata tertinggi
akan diisytiharkan sebagai JOHAN.
10.4.2
Sekiranya terdapat tiga atau
kurang pasukan yang mengambil bahagian pertandingan tidak akan dilangsungkan.
Peraturan 11 : MENARIK DIRI DAN
MENYERAH KALAH
11.1. Pasukan/Peserta
yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan
tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk
sebab akan dikeluarkan kepada pasukan tersebut sekiranya melanggar peraturan
ini.
11.2. Sekiranya
ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/peserta
itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut
tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan
diambil ke atas pasukan yang berkenaan.
Peraturan
12 : BANTAHAN
12.1.
Segala
bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.
12.2.
Segala
masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta atau sesuatu
perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan
bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah
bantahan (under protest) dan perkara
tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima bantahan rasmi.
12.3.
Bantahan
berhubung dengan permainan dalam acara-acara
yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat
daripada :
12.3.1
Lima
belas (15) minit setelah keputusan rasmi
diumumkan bagi acara pusingan awal
12.3.2
Tiga puluh (30) minit setelah
keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat akhir.
Walau bagaimanapun tempoh
penyerahan dan penyelesaian tertakluk kepada peraturan dan undang-undang
permainan berkenaan.
12.4. Semua bantahan acara individu
hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan bagi acara individu sebanyak
RM200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja) dan acara berpasukan RM300.00 (Ringgit :
Tiga Ratus sahaja). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan
tidak berasas.
12.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan
akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.
12.6
Keanggotaan Jawatankuasa
Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:
12.6.1 Setiausaha Agung
MSSN Pengelola
12.6.2
Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan
12.6.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan
Sukan MSSM
12.6.4
Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Sukan MSSN Pengelola
12.6.5 3 orang Pengurus Pasukan MSSN yang berdaftar dan tidak
terlibat dengan bantahan/kes tersebut.
Peraturan 13 : JURI
RAYUAN
13.1.
Juri
Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum)
melainkan bagi Balapan dan Padang (Olahraga) dan Akuatik.
13.1.1. Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola / wakilnya
13.1.2. Penyelaras Permainan MSSM
13.1.4. 5 orang Pengurus Pasukan MSSN yang
berdaftar yang tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan
13.1.5 Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan
- Ex-Officio
13.2
Juri
Rayuan bertanggungjawab untuk
13.2.1
Mengambil tindakan mengenai
disiplin pelajar, guru dan pegawai kejohanan yang berkenaan bagi semua perkara
kejohanan dijalankan seperti berikut:
13.2.1.1
Memberi
amaran
13.2.1.2
Menggantung penyertaan bagi
jangka masa tertentu
13.2.1.3
Menyingkirkan
daripada keseluruhan kejohanan
13.2.1.4
Mengarahkan
pemain dihantar pulang
13.2.1.5
Menghantar
laporan kepada MSSN berkenaan supaya mengambil tindakan
tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh Persatuan Sukan Kebangsaan.
13.2.2
Bertanggungjawab
membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada urusetia MSSM
secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-lewatnya 14
hari selepas tamat kejohanan dengan membuat cadangan yang wajar untuk tindakan selanjutnya.
13.2.3
Pasukan,
pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSN atau MSSM kerana
dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada Persatuan Permainan
yang berkenaan.
13.3
Keputusan
Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan
termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya adalah muktamad.
Peraturan 14 : LEMBAGA
TATATERTIB
14.1.
Lembaga
ini terdiri daripada
14.1.1
Pengarah
BS (Setiausaha Agung MSSM) atau wakilnya
14.1.2
Pengerusi
Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya.
14.1.3
Yang DiPertua MSSN Pengelola
atau wakilnya.
3 orang Setiausaha Agung MSSN yang tidak terlibat dengan
kes tersebut.
14.1.4
Setiausaha Jawatan Kuasa
Pengelola – Ex-Officio.
14.2 Lembaga ini bertanggungjawab
untuk mengambil maklum keputusan Juri Rayuan dan membuat keputusan untuk mengenakan tindakan
selanjutnya, jika perlu.
Peraturan 15 : MAJLIS RASMI SEMPENA
KEJOHANAN
15.1. Semua
pegawai dan peserta pasukan MSSN yang menyertai pertandingan permainan MSSM
hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri
15.1.1. Majlis Pembukaan Rasmi
15.1.2. Jamuan Rasmi
15.1.3 Taklimat dan mesyuarat
15.1.4. Majlis
Penutupan Rasmi dan Penyampaian hadiah.
15.2.1.
Jika terdapat MSSN yang tidak
mematuhi peraturan ini tanpa sebab munasabah, tindakan tatatertib boleh
diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan
kepada urus setia MSSM serta Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan supaya
tindakan diambil terhadap pengurusan pasukan.
Peraturan 16 : KESELAMATAN
16.1. Semua pegawai
dan peserta MSSN yang menyertai kejohanan MSSM hendaklah dilindungi insurans.
16.2. Jawatankuasa Pengelola tidak
bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan
anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku.
16.2 Jawatankuasa Pengelola sentiasa
memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan
pengawasan yang diperlukan sepanjang masa kejohanan tesebut.
16.1.1.
Semasa perjalanan pergi dan
balik
16.1.2.
Semasa kejohanan
dijalankan
16.1.3.
Di
dalam dan di luar kawasan venue
16.1.4.
Di
tempat-tempat penginapan
Walaubagaimanapun pihak pengelola
kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan
keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.
16.3. Sebarang
tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.
Peraturan 17 :
PENYALAHGUNAAN DADAH
17.1
Penggunaan
dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah merbahaya adalah
diharamkan.
Peraturan
18 : KENYATAAN
AKHBAR
18.1 Semua pegawai atau peserta yang
menyertai Kejohanan MSSM dilarang membuat sebarang kenyataan akhbar / media
elektronik, cetak kecuali dengan kebenaran.
18.2
Kenyataan
akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan.
Peraturan 19 : PINDAAN DAN HAK
JAWATANKUASA PENGELOLA
19.1.
Semua peraturan yang
dinyatakan di atas mesti dipatuhi dan
dibaca secara bersama.
Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut
hendaklah juga dipatuhi.
19.2.
Semua perkara yang tidak
dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan
diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.
Pengesahan dan
Penerimaan
di Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan MSSM
pada 13 – 15
Disember 2010
Di Hotel Holiday
Villa, Subang Jaya
Lampiran B
DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN ATLET YANG PERLU DISERAH
BERSAMA BORANG R 01 DAN M 01
(Peserta tidak layak mengambil bahagian dalam Kejohanan MSSM sekiranya
Borang R 01 / M 01 tidak lengkap maklumatnya selepas tamatnya Mesyuarat
Pengurus Pasukan )
1.
SEKOLAH HARIAN
1.1
Murid
Sekolah Rendah (Pemain
berumur 12 tahun dan ke bawah)
1.1.1 Salinan sijil kelahiran yang
telah disahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan sekolah berkenaan
1.2
Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan ke bawah)
1.2.1 Kad pengenalan asal, atau
1.2.2 Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal
dari Jabatan Pendaftaran Negara
1.3 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan ke bawah)
1.3.1
Kad
pengenalan asal, atau
1.3.2
Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK
1/11 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara.
DAN
1.3.3
Salinan surat tawaran
kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah yang telah disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
1.3.4
Salinan surat tawaran
kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah serta salinan keputusan peperiksaan akhir
tahun Tingkatan Enam Bawah (sekiranya murid Tingkatan Enam Atas masih layak)
yang telah disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
2.
SEKOLAH SWASTA /
AGENSI KERAJAAN LAIN
2.1
Murid
Sekolah Rendah (Pemain
berumur 12 tahun dan ke bawah)
2.1.1 Salinan
surat gabungan dengan MSSN berkenaan
DAN
2.1.2 Salinan sijil kelahiran yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru
Besar atau Penolong Kanan sekolah berkenaan
2.2 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan
ke bawah)
2.2.1
Salinan surat gabungan dengan
MSSN berkenaan
DAN
2.2.2
Kad pengenalan asal, atau
2.2.3
Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK
1/11 asal dari Jabatan Pendaftaran Negara.
2.3 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan
ke bawah)
2.3.1
Salinan surat gabungan dengan
MSSN berkenaan
DAN
2.3.2
Kad pengenalan
asal, atau Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 asal dari Jabatan
Pendaftaran Negara
DAN
2.3.3
Salinan surat pendaftaran
kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah yang telah disahkan
oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
2.3.4
Salinan surat tawaran
kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah serta salinan keputusan peperiksaan akhir
tahun Tingkatan Enam Bawah (sekiranya murid Tingkatan Enam Atas masih layak)
yang telah disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan
3.
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA / AKADEMI PERMAINAN KEBANGSAAN
Surat pengesahan
pelepasan daripada Sekolah Sukan Malaysia / Akademi Permainan Kebangsaan untuk pelajar mewakili
MSSN.
3.1
Murid Sekolah Rendah (Pemain berumur 12 tahun dan ke bawah)
3.1.1 Salinan sijil kelahiran yang
telah disahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan sekolah berkenaan
3.2 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 15 tahun dan
ke bawah)
3.2.1 Kad pengenalan asal, atau
3.2.2 Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11
asal dari Jabatan Pendaftaran Negara.
3.3 Murid Sekolah Menengah (Pemain berumur 18 tahun dan
ke bawah)
3.3.1
Kad pengenalan asal, atau
3.3.2 Dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11
asal dari Jabatan Pendaftaran Negara
No comments:
Post a Comment