Mesyuarat diadakan di DePalma Hotel jam 5.30 pm. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penyelaras Bola Tampar MSSM, Cik Nurhasni Mohd Noor. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membuat pemilihan anugerah khas pemain, pemilihan atlet MSSM ke Asian School Games, membincangkan peraturan pertandingan bagi kategori bawah 12 tahun dan post mortem kejohanan. Pemilihan Anugerah Khas Kejohanan dan Pemilihan senarai pendek pemain untuk mewakili Malaysia Ke Asian School Games adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang dihadiri oleh semua Pengerusi Teknik Negeri.
No comments:
Post a Comment