Pada 17
hingga 27 Ogos 2014, pasukan bola tampar MSSM (lelaki dan perempuan) telah
menyertai Kejohanan Bola Tampar Sekolah Asia (ASSF Volleyball Championship) di
Kanchanaburi, Thailand. Latihan pusat telah dijalankan mulai 6 hingga 16 Ogos
2014 bertempat di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Zuber bin Hassan kepada
Ketua Kontinjen MSSM Haji Razuki bin A Rahim (JPN Kelantan) pada 12 Ogos 2014.
Majlis dihadiri oleh pegawai kontinjen serta pegawai Bahagian Sukan, Pentadbir
SSBJ dan atlet yang telah terpilih. Pasukan MSSM telah menduduki tempat keenam
bagi kedua-dua kategori.
Dilaporkan
oleh:
Nurhasni
Mohd Noor
Pengurus
Pasukan
ASSF Bola
Tampar 2014