SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI BOLA TAMPAR MSSM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saturday 24 June 2017

Sukan SEA: Bola tampar wanita negara dalam keyakinan tinggI

Pasukan bola tampar negara bertekad untuk meraih pingat dalam Sukan SEA Kuala Lumpur selepas kali terakhir melakukannya 16 tahun lalu.

Ketika itu, mereka berjaya meraih pingat perak dan untuk edisi kali ini, skuad kendalian Tey Yeu Siong sedar bukan mudah untuk mereka menyaingi negara seperti Thailand dalam memburu pingat emas buat kali pertama di pentas Sukan SEA.

Thailand yang merupakan gergasi utama dalam arena bola tampar Asia Tenggara sudah pasti tidak mahu gelaran sebagai pemenang pingat emas sejak edisi tahun 2011 dirampas begitu sahaja.

Bagaimanapun, kapten pasukan, Sim Jin Quan, yang merupakan pemain paling senior dalam pasukan negara, mengambil positif cabaran itu dalam membantu rakan-rakannya di gelanggang untuk memperbaiki prestasi.

“Saya rasa dalam sesi latihan semua pemain menunjukkan peningkatan dan berada di landasan tepat untuk meraih pingat dalam saingan Sukan SEA nanti,” katanya.

Yeu Siong bakal menguji prestasi anak buahnya dalam Kejohanan Pra Sukan SEA bulan depan sebelum ke Taiwan dari 24 Julai hingga 3 Ogos untuk menjalani latihan intensif terakhir sambil tidak menyembunyikan rasa kecewa selepas beberapa pasukan Asia Tenggara tidak menyertai kejohanan itu.

“Banyak pasukan yang tidak sertai, mungkin kami menjemput beberapa pasukan semi pro dan mereka boleh membawa pemain pro untuk turut serta,” kata Yeu Siong.

http://www.stadiumastro.com/sukan/kuala-lumpur-2017/artikel/sukan-sea-skuad-bola-tampar-mahu-tamatkan-penantian/46353

No comments:

Post a Comment